Wednesday, May 28, 2014

hasbunAllah wa ni'mal wakeel






Say, "O My servants who have transgressed against themselves [by sinning], do not despair of the mercy of Allah . Indeed, Allah forgives all sins. Indeed, it is He who is the Forgiving, the Merciful."
Az-Zumar (39:53)

Assalamualaikum sahabat,


Mereka sedang menari gembira, mereka sedang gelak ceria sebab aku tewas sekali lagi hari itu. Aku tewas dengan musuh no 1 kita. Aku tewas sebab aku takut nak luahkan apa yang terbuku di hati aku. Hati yang hanya Allah yang tahu. Sesungguhnya Dia al-Latif(yang mengetahui rahsia). Tapi, mereka tidak tahu bahawasanya aku akan bangkit semula dari tidur, bangkit semula setelah sekian lama.

Sahabat, kita adalah antara manusia yang biasa di kalangan manusia yang lain. Level kita tak setaraf diorang. Diorang ada otak brilliant, diorang ada harta bermillion. Tapi tahukah, kita juga antara manusia yang bertuah. Kita bertuah dilahirkan dengan sifat yang sempurna, akal yang waras, dan kehidupan yang selesa despite masalah yang kita hadapi. Kita bertuah kerana kita dilahirkan di antara kalangan umat Rasulullah SAW. Allahhuakbar! Kita bertuah dilahirkan dengan iman dalam dada, islam dalam darah dan lafaz Laa illaha illAllah(tiada tuhan selain Allah) dalam kata kata. 

Tapi tanpa kita sedari, kita asyik mengejar dunia. SubhanAllah. Kita lupa kehidupan bahagia kita sebenarnya di akhirat sana. Dunia hanya merupakan persinggahan, persinggahan yang sepatutnya menyedarkan kita bahawa manisnya iman yang kita ada. Dunia sebenarnya tempat untuk kita membuka mata bahawa kita tiadalah siapa siapa kecuali hamba Sang Pencipta yang sangat kerdil dan tak berdaya. Sesungguhnya Dia adalah Dhul Jalali Wal Ikram(tuhan yang agong dan esa).

SubhanAllah, bertuahnya kita dilahirkan di jalan yang benar, sirotolmustakim, jalan yang lurus. Padahal antara kita ada yang tidak diberi kenikmatan iman dan islam, kecuali disuluh dengan hidayah Allah azza wa jal. InsyaAllah.

Allah SWT itu tuhan kita, tuhan yang memiliki alam, Raja kepada semua raja. Rasulullah SAW itu nabi kita. Beliau banyak berkorban demi umat walaupun beliau tidak mengenali kita. Nabi Muhammad SAW harus kita cintai lebih dari kita cintakan diri kita sendiri. Dialah kekasih tuhan kita. Semoga kita diberi syafaat di mahsyar nanti, Ameen Ya Rabb al Amin. Dunia ini hanya sementara. Dunia ini tempat kita beribadah, kerana di akhirat sana tempat kita beriadah.


Peace be upon you for what you patiently endured. And excellent is the final home."
Ar-Ra'd (13:24)


Kita hidup di akhir zaman. Zaman di mana Islam banyak terpesong. Aku taknak kita antaranya. Waktu berjalan pantas, mungkin esok Allah azza wa jal seru malaikat bunyikan trumpetnya. Matilah kita. Matilah kita begitu sahaja. Waktu di dunia dibazirkan dengan keseronakan.

Sahabat, aku taknak kita bergembira di dunia tetapi sengsara di akhirat. Jadi aku nak engkau bantu aku bangkit semula dari tidur yang lama. Kita sama sama mengajar akhirat yang dijanjikan oleh al-Razzaq(the provider).

Aku rindu sangat sangat dengan aku yang dekat sangat dengan Allah SWT. MasyAllah. Itulah sebenarnya tunjang kejayaan aku dahulu. SubhanAllah, aku rindu sangat sangat dengan aku yang dulu. Dan betul sungguh dengan riwayat yang menyatakan kalau kita kejar akhirat, dunia kejar kita.

Namun, bukannya aku tak boleh berubah semula, yang menjadi penghalang ialah diri aku sendiri yang leka dengan keseronokan dunia! Aku tahu aku ada banyak buat dosa yang aku sendiri sedar atau tidak. Kadang kadang aku tahu benda itu salah tapi sebab mengajar keseronokan masa muda aku sengaja buat tak tahu. MasyaAllah, berdosanya aku. Dan Allah itu al-Latif.

Sahabat, aku dah sedar bahawa my purpose of life is to seek Allah azza wa jal blessing. Aku nak berubah. Aku nak berubah demi Allah, demi Muhammad SAW dan demi diri aku sendiri. Kau perasan tak bahawa masa semakin cepat mengejar kita, aku nak gunakan masa ini dengan sepenuhnya untuk sujud pada Yang Maha Esa.

Ada orang beritahu bila kita nak berubah, syaitan akan bisik “kau terlalu berdosa, malulah dekat tuhan kau”. Sebenarnya, tahukah kita bahawa semua itu dusta. Pintu taubat sentiasa terbuka sehingga kiamat dan ajal tiba. Sehingga Allah SWT seru “kunfayakun!”. Hadis riwayat ada menyatakan: tanamlah bijih benih di tangan mu walaupun kiamat tiba. Maksudnya gunakan waktu sehabis mungkin. Minta keampunan walaupun di akhir akhir waktu. Wal Asr. Demi masa. Kita tak tahu bila ajal kita menjelma mungkit lima minit lagi. Jangan ikutkan apa yang syaitan bisikkan, meraka hanya boleh berbisik, kita yang melakukan. Ketahuilah bahawa tujuan utama syaitan ialah menyesatkan anak2 Adam r.a. Kita pun haruslah kena ada satu matlamat hidup iaitu mengagungi Allah SWT. Sebab itu memang tujuan kehidupan di dunia sebenarnya. Bila kita ikhlas nak berubah, Allah SWT akan permudahkannya sebab Allah azza wa jal itu al-Khobir(Maha Mengetahui) dan ar-Ghofur(Maha Pemaaf).


Ujian yang Allah beri itu sebenarnya adalah untuk kebaikan diri kita sendiri, untuk kita bangkit dan buktikan yang kita kuat. Kita tak lemah dengan dugaan. Sesungguhnya semua ujian yang Allah turunkan itu adalah untuk kita bersabar kerana Allah akan beri ganjaran berkali ganda dari ujian itu sendiri. Mungkin ujian itu yang membatu kita ke syuga al- Firdausi. Kita perlu berdoa pada Allah SWT supaya iman kita sentiasa bertambah, kita jauh dari sifat mazmumah dekat dengan sifat mahmudah. Supaya hidup kita sentiasa diberkati. Supaya kita ditempatkan bersama sama orang yang beriman. Macam mana Allah azza wa jal nak beri kalau kita tak pernah meminta. Walau macam mana kita sombong dengan Dia, dia tetap bantu hambaNya sebab dia al-Mujib(Responder to dua) dan al-Wahab(Maha Memberi). Jom sama sama beristiqamah mencari redha Illahi.


And if only the People of the Scripture had believed and feared Allah , We would have removed from them their misdeeds and admitted them to Gardens of Pleasure.
Al- Ma'idah (5:65)


Yang paling penting, ambil masa, mulakan dengan apa yang wajib dahulu, berubah sedikit demi sedikit. Jangan kita berubah mendadak, tapi bila kita tak mampu, kita terus hit rockbottom semula. SubhanAllah. Semoga dijauhkan. Kau sahabat aku, aku nak bersama sama dengan kau dalam apa jua yang aku lalui. Aku nak kau dapat yang terbaik. Dan terbaik itu adalah dengan berada di sisi Allah azza wa jal. Genggam tangan aku. Aku sentiasa doakan kau. 

JazakAllah khuair.






Saturday, May 3, 2014

kawan




kawan 1.

dia lari rumah, gaduh dengan emak katanya. naik ktm ke seremban dan berharap agar kakak sepupu menjemputnya. dia gaduh kerana emak tidak beri kebenaran bekerja di KLIA2. jauh kata emak. dia tak faham hati emak, tak ingin berjauhan dengan anak tersayang. emak tak faham hati anak, ingin pengalaman bekerja dan tidak mahu lagi duduk bawah ketiak ibubapa. meraka berdua mempunyai personaliti yang sama. keras kepala. tapi pendapat berbeza. tiada toleransi. emak sudah berpisah dengan bapa. dia minta pendapat bapa. bapa beri keizinan. emak kecil hati. dia lari dari rumah kerana tidak mahu pandang muka emak. tidak mahu dengar leteran emak. dia masih sayang emak. tidak mungkin dia lari rumah kalau dia boleh halau emak keluar dari rumah yang dibeli bapa untuk anak anak. dia sayang emak. seperti burung yang mahu kebebasan namun disuruh duduk di dalam sangkar. akhirnya terlepas. disuruh pulang dan minta maaf, tidak mahu. keras kepala, tiada toleransi.

aku sebagai sahabat hanya boleh mendengar keluhan anak dan mengirim doa kepada yang Maha Mendengar agar dilembutkan hati kedua duanya. semoga dia masih sempat melihat muka emak. semoga dia rindu leteran emak sebelum emak pergi.




kawan 2.

hanya dapat berkenalan beberapa hari. mulanya, aku yang malu. bersapa malu, berteguran malu. dia orang alim. siapalah aku? manusia biasa yang diberi iman semenjak lahir dan masih berharap mendapat keredhaan Sang Pencipta. dia orang pandai. siapalah aku? diterima masuk ke universiti yang perlu dibayar mahal. tidak perlu keputusan cemerlang, asalkan duit berpuluh ribu dalam genggaman engkau sudah pasti diterima. aku suka berkawan dengan nya. mempunyai suara merdu pabila berkasidah. seringkali aku rindu suara itu. alunan suara yang dapat membuatkan air mata aku menitis mengingati kebesaran yang Maha Esa. dia orang alim. dia orang pandai. dia dapat tawaran ke jordan. apabila aku dapat tahu, hati sayu. pertama kali aku menitiskan air mata kerana dirinya dan bukan kerana suaranya. siapalah dia? bagi aku.


update: kawan 2, fuck you

Friday, May 2, 2014

choose/pilih

"Choose Life. Choose a job. Choose a career. Choose a family. Choose a fucking big television, choose washing machines, cars, compact disc players and electrical tin openers. Choose good health, low cholesterol, and dental insurance. Choose fixed interest mortgage repayments. Choose a starter home. Choose your friends. Choose leisurewear and matching luggage. Choose a three-piece suit on hire purchase in a range of fucking fabrics. Choose DIY and wondering who the fuck you are on Sunday morning. Choose sitting on that couch watching mind-numbing, spirit-crushing game shows, stuffing fucking junk food into your mouth. Choose rotting away at the end of it all, pissing your last in a miserable home, nothing more than an embarrassment to the selfish, fucked up brats you spawned to replace yourselves. Choose your future. Choose life... But why would I want to do a thing like that? I chose not to choose life." - Mark Renton (Trainspotting 1996)



Ya Rabb telah memberi peluang kepada khalifah khalifah di bumi ini untuk membuat pilihan sendiri. Dan bersyukur atas keputusan yang telah diambil. Terpulang kepada mereka untuk melalui jalan ke arah rahmatNya ataupun mengambil jalan shortcut iaitu jalan yang dipenuhi dengan kelalaian dan keseronokan dunia sahaja. Dalam perjalanan seorang khalifah mesti kadang kala beliau mengambil shortcut kerana langha dengan habuan yang ditawarkan oleh makhluk jahanam bertanduk dua. Namun insyaAllah khalifah tersebut akan kembali juga ke jalan yang sebenarnya, sirat. Perkara yang dapat menarik beliau semula ke sirat al mustaqim ialah sikap tawaduk kepada Al Aziz dan istiqamah.

Thursday, May 1, 2014

transition




Esok,
aku akan melangkah,
setapak kehadapan,
seperti mana semua makhluk
akan lalui,
menceroboh dunia baru,
dengan kekuatan hati.





Ya, 
kehidupan perlu diteruskan,
demi kemajuan,
supaya mendapat kepujian,
dari Sang Pencipta.