Wednesday, May 28, 2014

hasbunAllah wa ni'mal wakeel






Say, "O My servants who have transgressed against themselves [by sinning], do not despair of the mercy of Allah . Indeed, Allah forgives all sins. Indeed, it is He who is the Forgiving, the Merciful."
Az-Zumar (39:53)

Assalamualaikum sahabat,


Mereka sedang menari gembira, mereka sedang gelak ceria sebab aku tewas sekali lagi hari itu. Aku tewas dengan musuh no 1 kita. Aku tewas sebab aku takut nak luahkan apa yang terbuku di hati aku. Hati yang hanya Allah yang tahu. Sesungguhnya Dia al-Latif(yang mengetahui rahsia). Tapi, mereka tidak tahu bahawasanya aku akan bangkit semula dari tidur, bangkit semula setelah sekian lama.

Sahabat, kita adalah antara manusia yang biasa di kalangan manusia yang lain. Level kita tak setaraf diorang. Diorang ada otak brilliant, diorang ada harta bermillion. Tapi tahukah, kita juga antara manusia yang bertuah. Kita bertuah dilahirkan dengan sifat yang sempurna, akal yang waras, dan kehidupan yang selesa despite masalah yang kita hadapi. Kita bertuah kerana kita dilahirkan di antara kalangan umat Rasulullah SAW. Allahhuakbar! Kita bertuah dilahirkan dengan iman dalam dada, islam dalam darah dan lafaz Laa illaha illAllah(tiada tuhan selain Allah) dalam kata kata. 

Tapi tanpa kita sedari, kita asyik mengejar dunia. SubhanAllah. Kita lupa kehidupan bahagia kita sebenarnya di akhirat sana. Dunia hanya merupakan persinggahan, persinggahan yang sepatutnya menyedarkan kita bahawa manisnya iman yang kita ada. Dunia sebenarnya tempat untuk kita membuka mata bahawa kita tiadalah siapa siapa kecuali hamba Sang Pencipta yang sangat kerdil dan tak berdaya. Sesungguhnya Dia adalah Dhul Jalali Wal Ikram(tuhan yang agong dan esa).

SubhanAllah, bertuahnya kita dilahirkan di jalan yang benar, sirotolmustakim, jalan yang lurus. Padahal antara kita ada yang tidak diberi kenikmatan iman dan islam, kecuali disuluh dengan hidayah Allah azza wa jal. InsyaAllah.

Allah SWT itu tuhan kita, tuhan yang memiliki alam, Raja kepada semua raja. Rasulullah SAW itu nabi kita. Beliau banyak berkorban demi umat walaupun beliau tidak mengenali kita. Nabi Muhammad SAW harus kita cintai lebih dari kita cintakan diri kita sendiri. Dialah kekasih tuhan kita. Semoga kita diberi syafaat di mahsyar nanti, Ameen Ya Rabb al Amin. Dunia ini hanya sementara. Dunia ini tempat kita beribadah, kerana di akhirat sana tempat kita beriadah.


Peace be upon you for what you patiently endured. And excellent is the final home."
Ar-Ra'd (13:24)


Kita hidup di akhir zaman. Zaman di mana Islam banyak terpesong. Aku taknak kita antaranya. Waktu berjalan pantas, mungkin esok Allah azza wa jal seru malaikat bunyikan trumpetnya. Matilah kita. Matilah kita begitu sahaja. Waktu di dunia dibazirkan dengan keseronakan.

Sahabat, aku taknak kita bergembira di dunia tetapi sengsara di akhirat. Jadi aku nak engkau bantu aku bangkit semula dari tidur yang lama. Kita sama sama mengajar akhirat yang dijanjikan oleh al-Razzaq(the provider).

Aku rindu sangat sangat dengan aku yang dekat sangat dengan Allah SWT. MasyAllah. Itulah sebenarnya tunjang kejayaan aku dahulu. SubhanAllah, aku rindu sangat sangat dengan aku yang dulu. Dan betul sungguh dengan riwayat yang menyatakan kalau kita kejar akhirat, dunia kejar kita.

Namun, bukannya aku tak boleh berubah semula, yang menjadi penghalang ialah diri aku sendiri yang leka dengan keseronokan dunia! Aku tahu aku ada banyak buat dosa yang aku sendiri sedar atau tidak. Kadang kadang aku tahu benda itu salah tapi sebab mengajar keseronokan masa muda aku sengaja buat tak tahu. MasyaAllah, berdosanya aku. Dan Allah itu al-Latif.

Sahabat, aku dah sedar bahawa my purpose of life is to seek Allah azza wa jal blessing. Aku nak berubah. Aku nak berubah demi Allah, demi Muhammad SAW dan demi diri aku sendiri. Kau perasan tak bahawa masa semakin cepat mengejar kita, aku nak gunakan masa ini dengan sepenuhnya untuk sujud pada Yang Maha Esa.

Ada orang beritahu bila kita nak berubah, syaitan akan bisik “kau terlalu berdosa, malulah dekat tuhan kau”. Sebenarnya, tahukah kita bahawa semua itu dusta. Pintu taubat sentiasa terbuka sehingga kiamat dan ajal tiba. Sehingga Allah SWT seru “kunfayakun!”. Hadis riwayat ada menyatakan: tanamlah bijih benih di tangan mu walaupun kiamat tiba. Maksudnya gunakan waktu sehabis mungkin. Minta keampunan walaupun di akhir akhir waktu. Wal Asr. Demi masa. Kita tak tahu bila ajal kita menjelma mungkit lima minit lagi. Jangan ikutkan apa yang syaitan bisikkan, meraka hanya boleh berbisik, kita yang melakukan. Ketahuilah bahawa tujuan utama syaitan ialah menyesatkan anak2 Adam r.a. Kita pun haruslah kena ada satu matlamat hidup iaitu mengagungi Allah SWT. Sebab itu memang tujuan kehidupan di dunia sebenarnya. Bila kita ikhlas nak berubah, Allah SWT akan permudahkannya sebab Allah azza wa jal itu al-Khobir(Maha Mengetahui) dan ar-Ghofur(Maha Pemaaf).


Ujian yang Allah beri itu sebenarnya adalah untuk kebaikan diri kita sendiri, untuk kita bangkit dan buktikan yang kita kuat. Kita tak lemah dengan dugaan. Sesungguhnya semua ujian yang Allah turunkan itu adalah untuk kita bersabar kerana Allah akan beri ganjaran berkali ganda dari ujian itu sendiri. Mungkin ujian itu yang membatu kita ke syuga al- Firdausi. Kita perlu berdoa pada Allah SWT supaya iman kita sentiasa bertambah, kita jauh dari sifat mazmumah dekat dengan sifat mahmudah. Supaya hidup kita sentiasa diberkati. Supaya kita ditempatkan bersama sama orang yang beriman. Macam mana Allah azza wa jal nak beri kalau kita tak pernah meminta. Walau macam mana kita sombong dengan Dia, dia tetap bantu hambaNya sebab dia al-Mujib(Responder to dua) dan al-Wahab(Maha Memberi). Jom sama sama beristiqamah mencari redha Illahi.


And if only the People of the Scripture had believed and feared Allah , We would have removed from them their misdeeds and admitted them to Gardens of Pleasure.
Al- Ma'idah (5:65)


Yang paling penting, ambil masa, mulakan dengan apa yang wajib dahulu, berubah sedikit demi sedikit. Jangan kita berubah mendadak, tapi bila kita tak mampu, kita terus hit rockbottom semula. SubhanAllah. Semoga dijauhkan. Kau sahabat aku, aku nak bersama sama dengan kau dalam apa jua yang aku lalui. Aku nak kau dapat yang terbaik. Dan terbaik itu adalah dengan berada di sisi Allah azza wa jal. Genggam tangan aku. Aku sentiasa doakan kau. 

JazakAllah khuair.






No comments:

Post a Comment